Wednesday, April 2, 2014

JADUAL MAKAN VITAMIN SHAKLEE

Bilakah waktu pengambilan vitamin yang sesuai? 

Biasanya soalan ini bermain di kepala setiap pengamal pemakanan tambahan, terutama bagi yang baru mengamalkannya. Biasanya saya mencadangkan agar pengambilan vitamin pada sebelah malam (Selepas makan malam) bagi memudahkan proses penyerapan vitamin. Maklum, tidak semua orang sentiasa ingat untuk menelan vitamin pada masa2 yang berbeza. Rule of thumb ialah, badan lebih mudah menyerap nutrient pada waktu malam (waktu tidur).
Walau bagaimanapun, terdapat general rule dalam pengambilan vitamin, sebagai panduan buat semua:

VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.
VITAMIN LARUT LEMAK (A, D, E, K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.
OSTEMATRIX (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.
LECITHIN : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.

APA YANG TIDAK DIGALAKKAN
~Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.
~Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium.
Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.

Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.

Elakkan pengambilan multivitamin yang mengandungi zat besi di ambil bersama minuman ternusu seperti susu kerana ia akan mengurangkan efficiency penyerapan zat besi oleh tubuh kita. Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.

Bagi kemudahan panduan terutama yang baru mendapatkan vitamin pesanan anda, kalian boleh mencuba saranan ini :

Selepas sarapan pagi : Vitalea dan B complex 
In between sarapan dan makan tengari : segelas minuman bancuhan bersama ESP Selepas makan tengahari : Vitamin C dan Alfalfa 
In between makan tengahari dan makan malam : segelas minuman bancuhan bersama ESP
Selepas makan malam : kalsium , vitamin E, GLA dan Omega (jika ada)

BAGI YANG MENGAMBIL LECITHIN DAN ALFALFA PAKEJ PENUH (ibu menyusu diet):
2-3 biji Alfalfa di ambil selepas makan pagi.
3 biji Lecithin selepas makan untuk setiap meal utama iaitu selepas tengahari dan makan malam.

BAGI YANG MENGAMBIL ZINC (berpantang)
Boleh ambil sebelum makan tengahari atau malam.

ESP : Max sehari 3 sudu besar, anda boleh bancuh dengan apa – apa jenis air untuk menambah kesedapan air tersebut. Tetapi JANGAN bancuh dengan air panas. Air sejuk tiada masalah. Boleh minum waktu pagi dan sebelum tidur.

Mealshakes :
Dewasa : 1 sudu besar sehari 
Kanak2 (atas 1 tahun) : 1 sudu teh 3kali seminggu. Sekiranya anak tengah demam atau selsema, beri ½ sudu teh selama 1 minggu. Anda boleh bancuh dengan apa – apa jenis air untuk menambah kesedapan air tersebut. Tetapi JANGAN bancuh dengan air panas. Air sejuk tiada masalah

PENTING!!
Pengambilan air yang mencukupi iaitu sekurang-kurangnya 3L sehari. Pastikan menyediakan botol minuman dan indicator supaya senang mengetahui adakah keperluan 3L air dipenuhi untuk tempoh seharian.


Nota : (zinc)

zinc ni paling bagus ambikl 1 atau 2 jam sebelum makan sebab...

zinc merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita..ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita..(enzim ni mcm catalyst atau pemangkin atau bahasa yg senang faham lagi faktor yg mempercepat sesuatu tindakan atau perubahan.)

so bila kita ambik sebelum makan..ia akan meningkatkan proses biokimia dalam badan kita atau proses pencernaan dalam badan kita..secara tidak langsung nutrient akan terus diserap ke tubuh kita dengan lebih efficient lagi..dalam bahasa pasarnye..lagi baguslah kan? sbb dapat diserap dgn lebih superb!

Cumanye kalau ada sesiapa yang ambik sebelum makan, pastu rasa perut mcm memulas2 especially yang ada gastrik..ambik satu cawan penuh air masak & sedikit makanan utk alas perut.

So da tahu waktu yang sesuai untuk ambil vitamin anda? Mudah je untuk amalkan. yang penting konsisten dan istiqamah. 

Nak dapatkan produk shaklee anda? Hubungi saya Shaklee Independent Distributor anda sekarang!

SID : 1083371
Email : aqirose@gmail.com
Sms/ wattsap : 017-3789501



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...