Sunday, January 25, 2015

TANDA KAMU KEPOCHI

Kepochi atau sifat suka menyibuk dan ‘busy body’ adalah salah satu sifat yang pasti ada pada setiap gadis bukan ? Namun sedarkah kamu kemungkinan besar sifat itu juga sebenarnya ada pada kamu ? Tak percaya ? Jom lihat 5 ciri dan tanda membuktikan kamu seorang yang sangat kepochi atau sebaliknya.



TERLAMPAU SUKA BERTANYA
Antara tanda kamu seorang yang suka menjaga tepi kain orang adalah kamu langsung tiada sifat segan untuk bertanya apa sahaja soalan pada orang lain. Ya, memanglah ada pepatah mengatakan malu bertanya sesat jalan, tetapi janganlah sampai soal hal peribadi orang lain pun kamu sibuk tanya. Tidak ke itu melebih-lebih ?

GOSIP.COM
Cakaplah tentang apa sahaja gosip terkini tentang orang di sekeliling, semuanya kamu tahu. Dari awal cerita hinggalah ke penyudah. Sampai ada yang menggelarkan kamu ‘website gossip bergerak’. atau ‘cik serba tahu’ kerana sentiasa update tentang isu-isu semasa.

AKTIF DI SOSIAL MEDIA
Selalunya gadis seperti ini sangat aktif di dunia siber terutamanya di sosial media. Tidak kiralah sama ada kamu jenis yang suka share infomasi, suka update status atau jenis yang suka ‘stalk’ rakan-rakan kamu tetap akan di panggil gadis ‘kepochi’. Namun hati-hati, pekara seperti ini boleh membuatkan orang lain memandang negatif pada kamu.

INGIN BERKAWAN DENGAN SEMUA ORANG!
Gadis yang agak kepochi selalunya akan sentiasa berusaha untuk menjadi teman baik semua orang. Mereka akan lakukan apa sahaja agar orang lain menerima kehadirannya. Hakikatnya mereka bukannya kisah dengan erti persahabatan. Mereka hanya mahu tahu apa yang dilalui oleh rakan-rakan serta orang di sekelilingnya sahaja.

KUAT SENTAP
Bagi individu seperti ini mereka selalunya akan cepat terasa hati terutamanya apabila melibatkan tentang tidak di ajak melepak bersama. Ini kerana, mereka tidak mahu dilupakan atau disishkan oleh teman-teman lain. Mereka menganggap jika mereka dilupakan pasti tiada cerita menarik yang bakal mereka dengar lagi. Kerana itu dia akan merajuk jika tidak di ajak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...