Sunday, January 18, 2015

5 CABARAN TERUSKAN PENYUSUAN SUSU IBU


Pelbagai persoalan timbul apabila ada ibu yang mahu meneruskan amalan penyusuan susu ibu setelah anaknya mencecah usia dua tahun. Seharusnya hal begini tidak berlaku. Sebaliknya, yakini dan percayalah bahawa proses menghentikan penyusuan susu ibu perlu dilakukan secara semulajadi dan tanpa paksaan.

Jangan lakukannya secara mengejut seperti meletakkan sesuatu pada payudara ibu sebagai satu usaha untuk meransang si manja berhenti daripada berterusan menyusu susu ibu. Proses bercerai susu seperti ini boleh menggugat emosi anak, malah pada ibu itu sendiri. beringatlah, adalah fitrah untuk anak berpisah susu ibu dengan ibunya apabila tiba masanya. 

Bagi anda yang nekad mahu meneruskan penyusuan susu ibu, berikut adalah soalan-soalan yang mungin ditanya. Turut disenaraikan ialah idea untuk anda membalas persoalan orang ramai dengan jawapan yang berhemah.


1   Hah, masih menyusu lagi?

Reaksi : Terima cemuhan dengan baik. Walaupun soalan bernada terkejut, ubah ia sebagai pujian. Jawab soalan tersebut dengan berkata "Alhamdulillah, anak saya masih mahukan susu ibu. Ia memberikan perlindungan imunisasi dan zat yang optimum. Selain itu, ia membantu saya mencegah diri daripada barah payudara dan serviks.

2   Anak tak gigit ke? Gigi dia kan dah banyak

Reaksi : Terangkan dengan lemah lembut bahawa sepanjang penyusuan, gigi bayi tidak akan terkena pada payudara. Lekapkan yang baik akan memberikan keselesaan dan ketenangan. menerusinya, susu ibu akan mengalir dengan baik. malah, penyusuan susu ibu daapt membantu bayi memperoleh gigi yang cantik. Hal ini berikutan daripada aktiviti menghisap susu daripada payudara membantu pembentukan gigi yang akan tumbuh.

3   Anak tak makan ke?

Reaksi : Penyusuan susu ibu secara eksklusif ialah untuk tempoh enam bulan pertama sahaja. Selepas usianya genap 180 hari, bayi akan mula mengambil makanan pejal. Apabila memasuki fasa ini, susu ibu hanya sebagai pelengkap dan bukan lagi makanan utamanya. Bertenanglah ketiaka berhadapan dengan persoalan seperti ini. Ini kerana kadang kala soalan ini ditujukan oleh golongan yang tidak pernah mempunyai anak ataupun belum berkeluarga. Niatkan dalam hati bahawa jawapan yang anda berikan ini sebagai pengenalan awal kepada yang individu bertanya. Jadi, dia akan mempunyai maklumat asas tentang penyusuan susu ibu sebelum dia mempunyai bayi nanti.

4   Bila nak berhenti menyusu?

Reaksi : Anda boleh beritahu kepada yang bertanya bahawa doktor anda meminta anda melanjutkan penyusuan susu ini lantaran terdapat banyak kebaikan dan zat di dalam susu ibu. Sambil tersenyum beritahu bahawa anda sekelurga gembira dengan proses ini dan ia langsung tidak mengganggu aktiviti seharian anda.

5   Dia kan dah besar. Perlu menyusu lagi ke?

Reaksi : Penyusuan susu ibu memberikan ketenangan setiap kali anak anda sedih. Manakala anda pula berbesar hati membekalkan susu yang terbaik untuk perkembangan usianya. Tidak lama lagi anak anda akan menjejakkan kaki ke alam pra sekolah dan proses bercerai susu akan berlaku secara perlahan-lahan

Apa yang paling penting, fahami bahawa amalan melanjutkan tempoh penyusuan susu ibu menyediakan suatu ruang yang cukup selesa untuk bertenang dan belajar berdikari. Yakinlah, anak yang cukup pengisian emosinya semasa dua tahun pertama lebih tenang dan mudah dikawal.


Sumber: Pa&Ma

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...