Rapatkan kedua belah tapak tangan, kemudian bukakan ia sambil belah tepi bercantum. Lihat garisan di tapak tangan korang adakah ia selari atau pun tidak ?

Jika selari, itu bermkasud korang seorang yang bersifat lemah lembut dan agak sensitif.

Nak tahu selebihnya ? Meh baca lagi



1.       GARISAN SAMA RATA
Seorang yang bersifat lemah-lembut, sensitif dan individu yang berfikiran realistik. Tidak suka sesuatu yang tiba-tiba dan sangat lemah dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan ‘bidan terjun’. Kamu juga sangat bijak memilih pasangan kerana selalunya pasangan kamu akan menjadi pilihan orang ramai.

2.        GARISAN TAPAK TANGAN KANAN LEBIH TINGGI
Sering menjadi kegemaran individu yang lebih tua. Kemungkinan akan kahwin dengan orang yang lebih tua. Kamu juga seorang yang mampu mengawal tindak-tanduk, situasi serta memahami apa yang difikirkan oleh orang lain. Kata-kata orang bukanlah penghalang buat kamu untuk meneruskan kehidupan. Bagi kamu, apa yang penting adalah kepercayaan pada diri kamu sendiri.

3.       GARISAN TAPAK TANGAN  KIRI LEBIH TINGGI
Kamu seorang individu yang agak agresif . Jadi, kamu suka perkara-perkara yang mencabar dan menguji. Kamu lebih tertarik dengan hubungan yang seimbang, bagi kamu gaduh, menangis, gembira, ketawa semua itu asam garam kehidupan. Selalunya individu seperti ini akan memilih pasangan yang masih belajar atau berasal dari luar negara. Selalunya orang begini mempunyai cita rasa yang tinggi jadi mereka akan pastikan pasangan mereka sentiasa kacak ataupun cantik.