Bayi kecil sudah boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, mama dan papa perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya. Berikut merupakan tips yang anda boleh ikut :
1. ULANG
Bayi cepat belajar jika sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Papa dan mama perlulah mengambil giliran dan sentiasa mengulangi sesuatu fakta kepada si kecil. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad dengan nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. iarkan si manja mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar.
Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti 'span' pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajaran yang diberikan kepadanya.
Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti 'span' pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajaran yang diberikan kepadanya.
2. JANGAN BERBAHASA BAYI
Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang sungguh mengagumkan dan ia semeangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa mereka yang pelat itu jika anda mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi ini adalah cara mengajar bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap dengan orang dewasa. Paling bagus bercakaplah menggunakan bahasa yang betul. Daripada menggunakan 'ne ne' yang mewakili susu atau 'mam mam' untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.
3. GANJARAN
Seperti anak yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka membei pujian, mencium dan memeluknya. Cubalah anda berkata 'adik pandai' sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi papa dan mama menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.
4. BACAKAN BUKU
Papa da mama pastinya sudah biasa dengan cara ini. Perkenalkan buku pada seawal usianya dan ciptakan rasa suka pada buku. Bacakanlah padanya walaupun dia belum faham apa yang dibacakan. Sambil bayi anda duduk di atas ribaan mama atau papa, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu dan membelek buku. Tetapi kadangkala bayi anda akan menggigit buku. Namun anda perlu memastikan buku itu daripada jenis fabrik atau kain. Dalam pada itu apa kata mama teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.
5. SABAR DAN BERLEMBUT
Proses mendidik dan membesarkan anak-anak memerlukan kesabaran yang tinggi. Sebagai papa dan mama anda tidak harus cepatbosan atau lebih teruk berputus asa sepanjang membesarkan anak-anak. Untuk mengajar sesuatu kepada bayi, ia perlu dilakukan secara berulang-ulang. Jadi anda perlu sabar melakukannya secara lembut.
Jangan sesekali meninggikan suara kepada bayi anda kerana ini boleh membantutkan perkembangan minda dan emosinya. Si manja anda dibelai, dimanja dan sentuhan memainkan peranan yang sangat penting untuk menzahirkannya. Walaupun anda sibuk, carilah sedikit masa untuk bersamanya agar ikatan kemesraan dan keakraban antara anda dan si manja terpaut utuh. Ingat ye mama dan papa semua, masa kecil anak anda tidak akan berulang. Jika hari ini anda sibuk dan kurang masa bersamanya, bila anda tua nanti jangan pula berkecil hati jika anak-anak kurang meluangkan masa mereka untuk anda. Fikir-fikirkan.
No comments:
Post a Comment