Monday, March 23, 2015

13 Sifat Suami Tidak Disukai Isteri

Setiap isteri pasti sedaya upaya menyayangi dan mentaati suami supaya sesuai dengan fitrahnya. Namun ada ketikanya golongan isteri mempunyai rasa tidak suka terhadap suami kerana sifat-sifatnya.

Isteri tentu tidak suka suami yang bersikap terlalu egois dan merasa dirinya betul. Suami sepatutnya menilai diri agar tampil sebagai lelaki baik. Baik di mata Allah SWT, di mata manusia lebih-lebih lagi di mata isteri.

1.  Tidak punya visi
     Isteri mana yang tidak bangga jika suaminya mempunyai visi yang jelas. hidup ini bukan di dunia
semata. Ada kehidupan kemudian hari yang sepatutnya menjadi matlamat kita. Tujuan hidup berumah tangga adalah untuk bertakwa kepada Allah. takwa dalam erti bersungguh mentaati-Nya. Apa yang Allah haramkan benar-benar dijauhi dan apa yang Allah perintahkan benar ditaati.  Namun apa yang terjadi kini, ramai suami langsung tidak memikirkan kehidupan pada hari kemudian. Dosa demi dosa dilakukan di luar rumah tanpa merasa takut kepada Allah. Ingat bahawa setiap dosa pasti ada balasannya. Jika tidak di dunia pasti di akhirat.

2.  Kasar
     Wanita mempunyai sifat ingin selalu dilindungi. Bukan diperlukan secara kasar. Kerana itu Allah memerintahkan suami agar melayan isteri dengan lemah lembut. Ramai isteri memperlakukan isteri dengan sesuka hati, disakiti, didera emosi, dan sebagainya. Ingat bahawa isteri juga manusia ciptaan Allah. Nabi pernah menggambarkan seseorang yang  masuk neraka kerana menyeksa seekor kucing, apa lagi menyeksa seorang manusia yang merdeka.

3. Sombong
    Wanita adalah makhluk yang lembut. Kesombongan sangat bertentangan dengan kelembutan   wanita dan isteri yang baik tidak suka mempunyai suami sombong. Malangnya ramai suami       merasa boleh melakukan segalanya dan tidak mahu mengingat jasa isterinya. Apalagi menerima         kata-kata nasihat daripada isteri. Ini membuatkan isteri menderita kerana perilaku sombong             seorang suami.

4. Tertutup
    Rasullah S.A.W adalah contoh suami yang baik. Baginda sangat terbuka kepada isteri-isterinya. Apabila hendak keluar dengan salah seorang isterinya, Nabi melakukan undian, agar tidak menimbulkan kecemburuan daripada yang lain. Tetapi suami pada masa kini lebih senang menutupi perbuatannya di luar rumah. Mereka tidak mahu berterus terang kepada isteri. Apabila ditanya jawapannya samar-samar. Mereka juga tidak mahu berterus terang mengenai kewangan mereka dan tidak mahu menjelaskan ke mana wangnya dibelanjakan.

5. Tegas Tak Bertempat
    Setiap isteri pasti mengagumi suami yang mempunyai pendirian. Bukan suami yang tegas tak bertempat. Juga bukan seorang diktator. Tegas dalam erti kata lain punya sikap dan alasan yang jelas dalam mengambil keputusan. Tetapi pada masa sama, suami bermusyawarah, menentukan tindakan yang harus dilakukan dengan penuh keyakinan.

6. Pembohong
    Tidak sedikit rumahtangga yang runtuh kerana pembohongan suami. Ingat bahawa isteri tidak hanya memerlukan wang dan kemewahan dunia. Lebih dari itu, isteri ingin dihargai. Pembohongan menghancurkan harga diri isteri. Tidak ramailah ramai isteri bersedia menghadapi penceraian kerana tidak sanggup hidup dengan suami pembohong.

7. Cengeng
    Isteri inginkan suami yang tegar, bukan suami cengeng. Benar Abu Bakar As-Siddiq adalah contoh suami yang selalu menangis. Tetapi dia mennagis bukan kerana cengeng melainkan kerana tersentuh dengan ayat-ayat al_Quran. Namun dalam sikap seharian, Abu Bakar jauh daripada sikap ini, beliau seorang yang tegar dan penuh keberanian. Suami yang cengeng, kelihatan tidak meyakinkan di depan isteri. Isteri suka suami yang tampak gagah tetapi tidak sombong. Gagah dalam erti pernuh semangat dan tidak kenal lelah. Lebih daripada itu, tabah dalam menghadapi pelbagai cubaan hidup.

8. Pengecut
    Dalam sebuah doa, Rasullah S.A.W. minta perlindungan daripada sikap pengecut, mengapa? Sebab sikap pengecut banyak menghalang sumber-sumber kebaikan. Ramai isteri terseksa kerana suaminya tidak berani menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Isteri sangat tidak suka pada suami pengecut. Mereka suka pada suami yang berani. Sebab cabaran hidup meneurut keberanian dengan penuh pertimbangan yang matang.

9. Pemalas
    Malas membuat seseorang tidak produktif. Banyak sumber-sumber rezeki tertutup kerana sikap malas suami. Ia juga membuat rumah tangga berantakan. Sikap suami sebegini hanya akan menambah masalah rumah tangga.

10. Cuai pada anak
      Mendidik anak bukan saja tanggungjawab isteri malah tanggun jawab suami. Nabi adalah contoh seorang ayanh sejati. Perhatiannya kepada cucu Hasan dan Husain adalah contoh nyata, betapa Baginda sangat sayang kepada anaknya. Bahkan pernah berlama-lama dalam sujudnya, kerana cucu sedang bermain-main di atas punggungnya. Kini banyak kita saksikan seorang ayah cuai mendidik pada anak. Suami begini menganggap bahawa kerja mengurus anak adalah pekerjaan isteri.

11. Menang sendiri
      Isteri berhak menyatakan kesalahan suami. Sebab hanya kepada suami, isteri mencurahkan isi hatinya. Oleh itu seorang suami perlu sentiasa berlapang dadanya. Tidak ada ertinya merasa menang di depan isteri. Sebaik-baik sikap adalah mengalah dan memberikan perhatian. Ketika isteri berleter misalnya, dia mengharapkan suaminya bersikap seperti bapa yang sedia mendengar keluhan dan cerita anak. Ada pepatah mengatakan : jadilah air ketika salah satunya menjadi api.

12. Jarang komunikasi.
      Ramai isteri merasa kesepian ketika suami berada di luar rumah. Sebaik-baik suami adalah yang selalu menghubungi isteri. Sama ada mengirim SMS atau menelefonnya. Ingat bahawa banyak masalah kecil menjadi besar hanya kerana 'miss communicatio'. Selalu berkomunikasi boleh menentukan kebahagian rumahtangga. Isteri sangat suka kepada suami yang selalu menghubungi walau hanya sekadar bertanya khabar.

13. Tidak rapi, tidak harum
      Apabila suami berpenampilan kemas, isteri bangga kerana orang akan menganggap isteri pandai mengurus suami. Sebaliknya jika suami tidak rapi, orang keliling menganggap bahawa suami itu tidak diurus baik oleh isterinya. Suami yang tampil kemas adalah cermin peribadi isteri. Isteri akan terseksa melihat suaminya tidak menjaga penampilannya.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...