Sunday, March 22, 2015

13 Tips Untuk Wanita Sibuk

Pada awal tahun begini, macam-macam yang perlu diuruskan oleh wanita. Boleh dikatakan mereka agak sibuk menguruskan perbelanjaan atau yuran anak-anak sekolah, latihan sekolah dan sebagainya. Ini belum lagi termasuk kerja-kerja yang terbengkalai di pejabat.

Bagi anda yang mempunyai anak yang masih kecil, sudah tentu sukar untuk anda berehat. Berehat bukan hanya dengan tidur tetapi anda harus mempunyai masa untuk diri sendiri. Malah, anda juga boleh menghabiskan masa bersama kelurga tersayang. Berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu anda menghilangkan stres dan mendapatkan waktu berkualiti bersama keluarga tercinta.



1.  PILIH WAKTU DENGAN BIJAK
  • Jika waktu kerja anda fleksibal, anda mampu meluangkan masa bersama suami dan anak-anak. Anda juga boleh membuat kerja -kerja yang belum selesai ketika anak-anak masuk tidur. Sekurang-kurangnya anda masih ada waktu untuk bersama keluarga.
2.  MAKAN BERSAMA
  • Menurut Natalie Gahrmann, perunding keluarga, cubalah untuk makan bersama. Makan berama tidak semestinya makan malam tetapi anda boleh lakukan dengan sarapan pagi atau makan tengahari. Paling penting adalah kualiti ketika berkumpul bersama keluarga.
3.  TIDUR LEWAT MALAM
  • Sekali-sekala anda boleh tidur lewat malam untuk berdua-duaan bersama suami tersayang. Ini akan membantu anda lebih intim dengan suami.
4.  BERKUMPUL WAKTU KERJA
  • Ambillah cuti pada waktu kerja dan berkumpullah bersama anggota keluarga yang lain. Lakukan perkara-perkara kecil seperti membaca atau bermain bersama. Ini akan menghangatkan lagi hubungan kekeluargaan.
5.  MINTA BANTUAN SESEORANG
  • Cubalah minta bantuan jiran atau kawan baik untuk membeli barangan di pasar. Dengan cara in, waktu anda dirumah bersama keluarga akan lebih lama. Anda juga boleh keluar membeli belah bersama keluarga.
6.  SENAMAN RINGAN
  • Selain itu, anda boleh melepaskan tekanan dengan bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Selain membantu mengurangkan stress, badan anda pun sihat dan tidur lebih lama.
7.  MINUM SECAWAN TEH
  • Duduk bersantai sambil minum secawan teh adalah sesuatu yang menenangkan. Pilihlah diwaktu anak dan suami anda tidur. Buat secawan teh dan pilihlah tempat kegemaran anda di dalam rumah sambil menikmati teh tersebut.
8.  AJAR ANAK-ANAK
  • Dengan mengajar anak-anak bahawa anda perlukan rehat, secara tidak langsung anak anda akan tahu bila waktu anda bermain bersama-sama mereka dan masa untuk anda berehat tanpa gangguan.
9.  MEMBACA BUKU
  • Pada hujung minggu, luangkan masa dengan membaca buku, novel atau majalah. Cara ini boleh menambahkan pengetahuan, informasi dan budaya. membaca sehingga lewat malam terutamanya pada hujung minggu dapat merehatkan minda dan badan.
10.  MENONTON FILEM
  • Cipta hobi baru dalam keluarga. Bukan hanya keluar menonton filem bersama-sama sahaja tetapi anda juga boleh lakukan di rumah. Biarkan anak-anak anda menonton filem kesukaan mereka dan anda pula dengan filem kesukaan anda.
11.  MENONTON TELEVISYEN
  • Tidak semua rancangan televisyen memberi pendidikan kepada anak-anak anda. Tetapi anda boleh memilih rancangan yang membantu menenangkan anak anda ketika mereka memberontak. Cara ini juga dapat membantu anda menikmati waktu rehat dengan tenang.
12.  BERSIHKAN RUMAH
  • Ketika anda membersihkan rumah, pastikan suami anda menjaga anak-anak. Cubalah untuk menikmati apa yang anda lakukan. Selain rumah bersih, badan pun sihat.
13.  TAMPIL SECANTIK MUNGKIN
  • Apabila berada di rumah, tentu penampilan anda biasa sahaja berbanding apabila ingin ke tempat kerja. Namun, sekali sekala anda tampil secantik mungkin apabila di rumah. Tidak salah untuk cantik di hadapan suami dan anak-anak kan?

1 comment:

  1. Harrah's Hotel Atlantic City - KTNV
    A room 의왕 출장샵 with a queen bed has a Jacuzzi, bathtub and private Jacuzzi for guests. A Jacuzzi, also called the “Jacuzzi.com”, 양주 출장샵 is an indoor 여주 출장샵 pool, on the 경기도 출장샵 marina. 사천 출장안마 Rating: 4 · ‎8 votes

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...