Monday, March 23, 2015

Tips Jimat Menjelang GST!


Ramai yang sukar menahan diri berbelanja terutamanya ketika awal bulan atau baru sahaja menerima gaji. Wang RM100 habis dibelanjakan tidak sampai beberapa minit. Bermacam-macam dibeli walaupun niat awal bukan untuk membeli belah. Kerajaan dah mengumumkan bermula bulan April 2015 ni akan dikenakan Good and Services Tax atau dikenali sebagai GST. So kat sini ada beberapa tips jimat meminimumkan wang tunai dalam tangan. Cikedot!


1.  Buang tabiat window shopping
    Jika berhajat ke pasar raya, sediakan senarai barangan yang mahu dibeli. Belilah barangan yang ada dalam senarai saja tanpa meninjau barangan lain yang mungkin akan menarik anda membelinya. Sebaiknya elak membawa anak-anak kerana bimbang akan terbeli barangan akibat desakan mereka.

2.  Sediakan wang tunai ikut keperluan
    Pandai-pandailah meminimumkan wang tunai dalam dompet dengan mengenal pasti keperluan wang tesebut mengikut perbelanjaan harian anda. Jumlah duit yang banyak dalam dompet akan mendorong anda berbelanja besar apalagi setelah melihat kawan-kawan berbuat demikian.

3.  Beli barang pada harga borong/pukal
     Adalah bijak jika anda berbelanja dengan membeli pada harga borong. Kebanyakan pasar raya besar menyediakan potongan harga pada hari-hari tertentu. Anda boleh menggunakan peluang ini untuk mendapatkan barangan pada harga murah. Barangan seperti produk kebersihan dan makanan kering yang lambat tarikh luputnya boleh dibeli secara pukal. Ini tentu lebih menjimatkan.

4.  Beli barangan terpakai atau lelong murah.
     Barang-barang tertentu boleh dibeli ditempat menjual barangan. Contohnya buku, perabot, dan barangan elektrik. Membeli barangan di tempat sendiri ini dapat menjimatkan duit anda kerana harganya kurang dari separuh harga asal.

5.  Manfaatkan kelebihan
     Dengan kemudahan teknologi sekarang banyak perkara boleh dijimatkan. Penggunaan telefon pintar boleh menjimatkan duit dengan menggunakan iTalk. Hanya dengan membayar satu bil internet anda boleh menggunakan secara percuma untuk berbual, mesej dan menggunakan laman sosial.

6.  Kitar semula
     Gunakan barang yang boleh dikitar semula untuk menjana pendapatan. Koleksi surat khabar, majalah, botol, kaca, dan aluminium boleh dijual. Mungkin anda merasakan duit hasil jualan itu tidak seberapa berbanding usaha yang dibuat. Namun sekurang-kurangnya anda mendapat balik sedikit wang daripada tidak mendapat langsung. Dalam pada itu anda juga dapat menjaga alam sekitar.

7.  Gunakan kad keahlian
     Kad keahlian ini lebih kurang seperti bonus poin kepada anda. Kemudahan poin yang dikumpulkan ini boleh ditukarkan hadiah di samping anda boleh menikmati harga rendah dengan kad keahlian tersebut. Sudah pasti juga anda akan mendapat keistimewaan yang ditawarkan pada waktu-waktu tertentu.

8.  Beriadah di tempat awam
     Bagi mereka yang selalu ke gimnasium pasti mengeluarkan belanja untuk yuran keahliannya. Anda boleh menjimatkan duit itu dengan beriadah di tempat awam. Sudah pasti sesetengah tempat rekreasi ini turut menyediakan semua kemudahan alat senaman yang boleh digunakan secara percuma.

9.  Masak di rumah
    Cara paling bijak menjimatkan wang  adalah dengan memasak sendiri. Anda bukan sahaja dapat menjimatkan duit tetapi juga boleh menjaga kebersihan makanan yang dimasak. Jika anda tidak sempat menyediakan lauk pauk, sekadar memasak nasi dan membuat minuman sendiri sudah menjimatkan duit anda.

10. Gunakan pengangkutan awam
      Yang duduk di bandar besar pasti terasa jika menggunakan pengangkutan sendiri contohnya kereta. Mana nak fikir minyak, parking, tol dan sebagainya. So salah satu menjimatkan duit anda adalah dengan menggunakan pengangkutan awam seperti komuter, lrt, bas dan sebagainya. So dekat situ anda boleh jimat banyak. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...