Thursday, January 15, 2015

PENYUSUAN SELEPAS CAESAREAN



"Saya bakal melahirkan anak secara caesarean. Boleh berikan panduan bagaimana untuk saya memulakan penyusuan pertama selepas bayi selamat dikeluarkan. Selain itu, adakah ubat bius yang bakal diambil boleh memberi kesan ke atas kolostrum yang bakal diberikan kepada bayi kelak".


Sebaik bayi berjaya dikeluarkan secara caesaran, anda boleh mula melakukan amalan sentuhan kulit ke kulit dengannya. Berbincanglah dengan pakar bius dan pakar sakit puan dalam memastikan pengenalan awal penyusuan susu ibu dan amalan sentuhan kulit ke kulit dilakukan ketika di dalam bilik pembedahan lagi. Antara masalah yang mungkin timbul ialah
anda mungkin berasa kebas dan sakit di tempat pembedahan. Bersin, batuk dan lain-lain yang boleh menyebabkan tekanan pada kawasan perut juga akan menyebabkan anda berasa sakit. Namun, lama kelamaan keadaan berubah menjadi baik dari hari ke hari.

Berikut merupakan tips bagi memastikan permulaan penyusuan baik bagi ibu yang bakal melalui pembedahan caesarean:

1. Sebelum bersalin anda disarankan membuat persediaan untuk mempelajari asas dan teknik penyusuan yang betul. Kelas persediaan penyusuan ibu adalah yang terbaik kerana anda dan suami dapat mempelajarinya secara menyeluruh.

2. Memulakan penyusuan seawal mungkin sejurus kelahiran kerana pada waktu itu, payudara masih dalam keadaan lembut dan susu awal yang dihasilkan masih dalam kuantiti yang sedikit. Jika anda mengambil bius spinal atau epidural, penyusuan adalah lebih mudah tetapi bagi yang menggunakan bius seluruh badan, minta doktor atau jururawat untuk meletakkan bayi di dada anda. Pastikan bayi dan anda berada dalam keadaan selesa dan diselimuti kerana suhu di bilik pembedahan sangat sejuk.

3. Pastikan bayi rooming in bersama anda. Kerapkan penyusuan mengikut keperluannya. Biasanya, bayi menyusu lebih kurang lapan hingga 12 kali dalam 24 jam. Jika anda menggunakan bius seluruh badan, bayi lebih mengantuk. Oleh itu, bantu dia untuk bangun dan rangsang pengeluaran susu ibu dengan menggunakan tangan atau pam.

4. Posisi penyusuan yang paling sesuai adalah posisi mengiring. Letakkan bantal-bantal di bahagian belakang, celah kaki dan dada. Anda hanya perlu tinggi atau rendahkan bantal supaya bayi boleh medapat susu daripada kedua-dua belah payudara tanpa perlu menukar arah. Ketika ini, pastika anda mendapat bantuan daripada sesiapa yang ada berhampiran.

5. Selepas pembedahan, anda biasanya akan terbaring di kail kerana masih berasa sakit di bahagian luka pembedahan. Anda tetap disarankan untuk bangun dan bergerak dalam tempoh 24 jam supaya cepat sembuh. Untuk bangun dari katil hospital, gunakan penghadang di sisi katil sebagai sokongan. Jika di rumah, anda boleh mengikat kain panjang di hujung katil dan gunakan kuasa tangan untuk menarik kain tersebut dan bangun.

6. Dapatkan tali pinggang sokongan atau bengkung yang berpelekat untuk memberi sokongan pada perut dan belakang agar memudahkan anda berjalan.

7. Gunakan bantal menyusu supaya dapat membantu anda untuk mengurangkan sakit perut ketika menyusu.

8. Di antara waktu menyusu, pelbagaikan aktiviti sentuhan kulit ke kulit dengan bayi. Sentuhan berpanjanagn akan menambahkan keakraban yang secara tidak langsung meningkatkan tahap hormon yang bertanggungjawab menghasilkan susu. Anda boleh meletakkan bayi di dada sambil berbaring. Bagi memastikan keselamatan bayi, anda boleh balutkan diri anda atau bayi dengan tuala supaya dia tidak mudah jatuh.


Nak selim? Nak susu meriah? nak badan cergas? Jangan lupa dapatkan set berpantang dari shaklee yang merangkumi pelbagai set di dalamnya. Sebarang pertanyaan atau pembelian boleh berhubung di:

017-3789501/Nurul Rizky
Cod sekitar Damansara, Kepong, Sg Boloh,KL SOGO
Pos seluruh Malaysia


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...