Monday, January 26, 2015

ALAMAK, FARAJ BERBAU!

Ramai wanita malu untuk mendapatkan pemeriksaan doktor apabila berhadapan masalah berkaitan alat sulit. Jangan begitu! Dapatkan pemeriksaan doktor jika mengalami simptom yang menimbulkan kegusaran. Sebagai langkah awal baca petunjuk faraj anda bermasalah!

ISYARAT JANGKITAN FARAJ
  • Pengeluaran lendir berwarna putih
  • Gatal
  • Berbau
  • Sakit pada abdomen
  • Demam
  • Sakit ketika membuang air kecil
  • Haid yang tidak menentu

TIPS ELAK JANGKITAN

  1. Pastikan Miss V sentiasa berada dalam keadaan kering
  2. Hindari penggunaan sabun atau gel pembersih yang mengandungi banyak bahan kimia pada alat kelamin kerana ia mungkin boleh menyebabkan rasa pedih, kering, dan gatal. Sementara itu, ada sesetengah wanita sensitif dan alah kepada pewangi dalam buih sabun.
  3. Elakkan kekerapan melakukan douche memasukkan jari atau memancutkan cecair ke dalam faraj yang bertujuan membersihkan bahagian dalam faraj.
  4. Sekiranya boleh, tukar tuala wanita terutamanya  pada hari darah haid keluar dalam jumlah yang banyak. Jika menggunakan tampon pula, elakkan jenis tampon yang mengandungi bahan pewangi.
  5. Gunakan pakaian dalam yang tidak terlalu ketat dan diperbuat daripada kapas. Tukar penggunaannya dengan lebih kerap pada hari lendir banyak dikeluarkan. Sebaik-baiknya pakai pelapik seluar dalam supaya lendir berkenaan tidak melekat pada pakaian dalam sehingga menyebabkan ketidakselesaan.
  6. Jauhi amalan pemakaian pakaian dalam jenis sintetik yang terlalu ketat kerana ia akan menambahkan lagi masalah. Fabrik jenis ini akan menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara yang akhirnya menggalakkan kuman membiak.
  7. Anda dan suami sangat digalakkan untuk membersihkan alat kelamin dengan menggunakan air bersih sebelum dan selepas melakukan hubungan intim bagi memastikan tahap kebersihan yang optimum.

RAWATAN

Sekiranya anda mengesyaki diri mengalami jangkitan faraj, segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Anda perlu mendapatkan diagnosis dengan melakukan pap smear. Ia bagi memastikan kadar PH di vagina tidak melebihi empat bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria katif.

Bagi memastikan rawatan yang dibuat lebih berkesan, elakkan diri daripada melaukan hubungan intim apatah lagi jika nada belum pulih sepenuhnya. Jika perlu, gunakan kondom ketika bersama.

Sementara itu, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan jenis makanan yang mengandungi kultur hidup seiap hari dalam tempoh enam bulan berupaya membnatu anda untuk tidak lagi mengalami jangkitan yang sama.

----------------------------------------------------------

Namun begitu, saya sarankan anda menjaga tahap kebersihan dan mengamalkan pengambilan 

ALFALFA COMPLEX SHAKLEE untuk mengatasi masalah keputihan ini. Bila keputihan takde cik abang pun ceria!



Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh hubungi saya :

Nurul Rizky
017-3789501
aqirose@gmail.com
COD di kawasan Damansara, kepong, Sg Buloh, SOGO KL
Pos seluruh Malaysia


**** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...