Hakikatnya semua amalan berpantang dari saat melahirkan anak sehingga tamat tempoh 44 hari mempunyai maksud tersendiri serta kebaikan yang diperoleh bukan saja dalam tempoh berpantang malah sehingga akhir hayat.
Namun ada sesetengah melihat amalan pemakanan berpantang sebagai remeh. Namun bagi mereka yang mengetahui rahsianya akan mempergunakan sepenuhnya untuk mengembalikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam. Kepada wanita yang sedang membilang hari untuk menyambut kelahiran bayi,
bermula hari ini, ubahlah sikap anda untuk memastikan anda mengikuti amalan dalam tempoh berpantang cara yang betul. Amalan berpantang merangkumi aspek fizikal iaitu melibatkan amalan berurut, mandi herba, mandi lulur, bertangas, memakai bengkung dan berpilis. Bagi aspek pamakanan juga perlu dilakukan dengan cara yang betul.
bermula hari ini, ubahlah sikap anda untuk memastikan anda mengikuti amalan dalam tempoh berpantang cara yang betul. Amalan berpantang merangkumi aspek fizikal iaitu melibatkan amalan berurut, mandi herba, mandi lulur, bertangas, memakai bengkung dan berpilis. Bagi aspek pamakanan juga perlu dilakukan dengan cara yang betul.
Hidangan yang salah semasa dalam tempoh memulihkan diri akan memberi kesan kepada tubuh badan ibu yang bersalin. Oleh itu, hidangan pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak akan memudaratkan kesihatan ibu. Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana, proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.
Sehubungan dengan itu diet seimbang semasa dalam pantang penting terutama kepada ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan. Semasa dalam pantang, pemakanan memainkan peranan penting untuk memulihkan kesihatan selepas bersalin, mempercepatkan penyembuhan luka jahitan episotomi atau pun pembedahan Ceasarean. Kebanyakan wanita menyimpan dua hingga empat kg lemak dalam tubuh yanga kan digunakan untuk membekalkan tenaga untuk laktasi atau penyusuan bayi. Dianggarkan simpanan lemak tubuh tersebut boleh membekalkan 200 hingga 300 kkal/hari untuk tempoh laktasi selama tiga bulan. Oleh itu, penyusuan susu ibu adalah satu kaedah terbak untuk menurunkan berat badan atau mencapai bentuk tubuh yang ideal sebelum hamil.
Panduan pemakanan seimbang
1 Mengamalkan diet seimbang yang mengandungi semua kumpulan makanan iaitu karbohidrat, protein, sayur-sayuran, buah-buahan dan lemak
2 Memperbanyakkan pengambilan sumber karbohidrat kompleks iaitu nasi, bijirin, mi dan roti.
3 Mengambil lebih makanan berprotein seperti daging tanpa lemak, ayam dibuang kulit dan lemak, ikan, telur, soya, tempe dan kekacang iaitu tiga hingga empat hidangan susu sehari. Pengambilan lebih makanan berprotein adalah penting bagi memenuhi penghasilan susu ibu.
4 Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuaran iaitu tiga hingga lima hidangan sehari bagi memenuhi keperluan vitamin C dan asid folik yang penting untuk ketahanan tubuh dan tumbesaran bayi.
5 Pengambilan lemak dan gula berlebihan perlu dikurangkan untuk mengelakkan daripada penambahan berat badan berlebihan dan menyebabkan kegemukan.
6 Ibu menyusukan dengan susu ibu boleh mengambil saiz makanan yangs sama seperti trimester ketiga tetapi hendaklah meningkatkan pengambilan susu kepada tiga hingga empat gelas sehari. Walau pun tiada bukti menunjukkan komposisi kalsium daripada susu ibu , dipercayai kekurangan kalsium bagi ibu bole meningkatkan mobilasi atau penggunaan kalsium dari tulang ibu untuk mengekalkan paras kalsium dalam susu ibu bagi keperluan abayi. Kekurangan kalsium bagi ibu boleh meningkatkan risiko osteoporosis di peringkat menopous.
7 Pastikan ibu mengambil air sebanyak enam ingga lapan gelas sehari.
8 Pengambilan kalori yang mencukupi di samping protein tinggi seperti daging tanpa lemak, buah-buahan yang kaya dengan vitamin C seperti jambu batu dan oren serta sayur-sayuran hijau boleh mempercepatkan penyembuhan luka.
9 Makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging tanpa lemak, hati dan kerang boleh membantu pembinaan semula sel-sel darah merah yang hilang semasa melahirkan anak dan darah nifas.
Sumber:Pa&Ma
No comments:
Post a Comment